Wednesday, September 28, 2011

TEMPAHAN





ANDA BOLEH JUGA MENDAPATKAN PRODUK DI STOKIS BERDEKATAN ANDA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :
MOHD HAFIFFY
AGEN PRODUK MINYAK MORHABSHI
019-3698513

TESTIMONI




Minyak Ramuan Herba Tradisional Warisan Zaman Berzaman

Memperkenalkan produk minyak ramuan herba tradisional (MINYAK MORHABSHI) yang amat memeranjatkan dunia perubatan moden apabila minyak ramuan herba tradisional ini boleh digunakan untuk berbagai jenis penyakit dan telah berjaya membuktikan keberkesanannya sejak dari tahun 1957 lagi.


LULUS KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


PRODUK YANG MENDAPAT KELULUSAN DAN PENGIKTIRAFAN

Berikut Adalah Sebahagian Daripada Khasiat Minyak Herba (serbaguna) Morhabshi:

1. Histeria 2. Dirasuk syaitan 3.Sihir (buatan orang) 4. Santau 5. Bayi 'diganggu' 6.Bayi 'kembung' 6. Sawan tangis 7. Pusat bayi (agar mudah tanggal) 8. Batuk 9. Lelah/asma 10. Sakit gigi 11. Senak 12. Cirit birit 13. kanser (luar) 14. Kayap 15. Kurap 16. Gatal-gatal (termasuk celah jari kaki & pangkal paha) 17. Jerawat batu (termasuk bisul kecil pada muka, kepala, tubuh) 18. Luka/pendarahan (luar dan dalam) 19. Kudis 20. Bisul 21. Melecur terkena api atau air/minyak panas 22. Gigitan serangga & binatang bisa 23. Stroke 24. Kebas kaki tangan 25. Lenguh Dan Sebagainya.
Keberkesanan dan kemujaraban dari minyak morhabshi ini dapatlah dilihat dari beberapa testimoni di bawah ini.

Testimoni

Tidak Boleh Berjalan

Seorang saudara saya berusia 70an tahun tidak boleh berjalan, tempurung lututnya teramat kejap dan tidak bergerak langsung bila digoncang. InsyaAllah selepas saya sedekahkan sebotol minyak Morhabshi untuk diurut pada tempurung lutut dan pelipat kakinya, tempurung lututnya sudah boleh bergerak dan Alhamdulillah sudah boleh berjalan.
(Md Junid Abdullah - Pengguna Minyak Morhabshi)



LUTUT SUKAR DIBENGKOK

Beberapa bulan yang lalu saya mengalami ketegangan di bahagian lutut yang sukar untuk dibengkokkan menyebabkan tidak selesa ketika solat. Setelah hampir 2 bulan mengalami kesukaran ini, pada suatu hari saya terbaca artikel mengenai keunikan minyak morhabshi ini lantas tergerak hati saya untuk mencubanya. Saya terus membuat pesanan sebanyak 4 botol. Pada malamnya sebelum tidur saya menyapu di bahagian lutut sambil mengurut di bawah pelipat. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, dengan izinNya apabila bangun tidur saya terasa kaki saya ringan dan saya boleh solat dengan selesa, tiada rasa sakit lagi. Sejak itu saya terus menggunakan minyak morhabshi ini dan memperkenalkannya kepada keluarga saya.
(YUN HANIZAH BT. RAMLI - 4 BOTOL)


Histeria di asrama

Saya memang dibekalkan oleh ibu saya minyak Morhabshi utk dibawa ke kolej. Pada suatu malam beberapa org rakan asrama saya menjerit secara tiba-tiba. Saya segera memberikan minyak ini kepada warden kami dan menyuruhnya menyapu pada leher, kening, ubun-ubun, dan sendi-sendi pelajar yg menjerit-jerit itu (sambil bersalawat). Dengan serta merta mereka berhenti menjerit. Alhamdulillah. Sebenarnya saya ada beberapa pengalaman lagi dgn minyak ini kerana keluarga kami memang sudah lama menggunakan minyak ini. Nanti saya ceritakan.
(Maisara Mohd - Selangor)

Buasir

Saya telah lama mengidap buasir. Bila buang air besar, bercampur darah. Akhirnya rakan sekerja saya memberi saya sebotol minyak morhabshi. Alahamdulillah, setelah minum minyak ini, sudah lebih setahun tidak keluar darah lagi. Sekarang, saya dan keluarga memang sentiasa menyimpan minyak ini di rumah dan di dalam kereta. Minyak ini juga amat bagus untuk bayi saya.
(Murad M Nor - Perak)


Terdapat banyak lagi testimoni yang dapat dibaca melalui menu testimoni. Lihatlah bagaimana produk tradisional ini amat berkesan setanding dengan produk bertaraf antarabangsa.


BELILAH HARI INI UNTUK KEGUNAAN ANDA DI WAKTU KECEMASAN
Harga Pasaran Satu Malaysia = RM38.00 sebotol
(Untuk pengurusan dan penghantaran menggunakan pos laju kami caj RM10 sebotol untuk seluruh Malaysia)


ANDA BOLEH JUGA MENDAPATKAN PRODUK DI STOKIS BERDEKATAN ANDA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :
MOHD HAFIFFY
AGEN PRODUK MINYAK MORHABSHI
019-3698513

Cara-Cara Menggunakan Minyak Morhabshi



Minyak Morhabshi diadun daripada herba-herba serta akar kayu. Bahan-bahan tersebut dicampur dengan beberapa jenis minyak yang boleh dimakan seperti minyak kelapa dan bijan.

Secara asasnya, minyak Morhabshi disapu terus pada bahagian tubuh yang mempunyai masalah. Contohnya kudis, gatal, gigitan serangga dan juga lenguh serta sakit sendi dan tulang.

Begitu juga jika kembung perut, cirit birit, sakit kepala, sakit leher/tengkuk, sakit gigi, sakit dada, lelah, sesak nafas dan sebagainya.

Oleh kerana minyak Morhabshi diperbuat daripada bahan-bahan yang boleh dimakan maka ia boleh dimasukkan ke dalam gigi/gusi yang sakit atau ulser di dalam mulut.

Bagi mendapatkan kesan yang lebih baik jika cirit birit, buasir dan berak darah, serta kembung perut, titiskan beberapa titis minyak Morhabshi ke dalam air masak (1/4cawan air) dan diminum.

Gunakan antara 4-6 titis untuk sekali minum dan amalkan 2-3 kali sehari, atau sehingga sembuh.

Jika anda mengesyaki terkena santau atau melibatkan sakit dalaman (yang tidak boleh disapu), gunakan kaedah yang sama iaitu mencampurkan dengan air dan diminum.

Bagi penyakit yang dikaitkan dengan mistik dan misteri (seperti gangguan, sawan dan sebagainya), calitkan ke sendi-sendi, kening, tengkuk, cuping telinga, ubun-ubun, dan tempat sulit. Hal yang sama juga dilakukan pada bayi.

Minyak Morhabshi memang terkenal dalam kalangan ibu yang baru bersalin kerana ia digunakan untuk bayi dan juga si ibu itu sendiri. Namun kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah, sila gunakan untuk sapuan luar SAHAJA. Jangan diberi minum. Hal ini kerana kanak-kanak agak sensitif, dibimbangi terdapat alahan. Amalan menyapu pada bayi setiap kali selepas mandi dan menjelang maghrib dapat mengelakkan kembung dan ’gangguan’.

Minyak Morhabshi adalah ramuan tradisional dan penyediaannya juga melalui kaedah tradisional. Justeru tidak ada sebarang jaminan saintifik bahawa ia akan menyembuhkan penyakit. Senarai penyakit yang dipaparkan di sini serta pada botol dan web ialah berdasarkan pengalaman dan testimoni para pengguna terdahulu (sudah lebih 50 tahun digunakan).

Justeru kami mencadangkan Minyak Morhabshi digunakan sebagai rawatan kecemasan sementara mendapatkan rawatan sebenar daripada pihak hospital.

Sejarah Minyak Morhabshi


Apa itu Morhabshi?

Menurut Wikipedia: Morhabshi (English: Myrrh) merupakan bahan resin berwarna merah keperangan, diambil daripada getah kering pokok Commiphora Myrrha. Tumbuhan ini juga tumbuh di negara Somalia dan bahagian timur Ethiopia. Bahan getah beberapa spesies Commiphora dan Balsamodendron lain turut dikenali sebagai Morhabshi (myrrh), termasuk dari C. erythraea (kadang kala dikenali sebagai Morhabshi India Timur (East Indian myrrh), C. opobalsamum dan Balsamodendronkua.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Sejarah Penggunaan resin Morhabshi:

Ensiklopedia tersebut juga mencatatkan resin Morhabshi telah terkenal sejak zaman Mesir kuno. Myrrh merupakan asas kepada minyak wangi dan incense, dan amat dihargai pada zaman kuno klasik. Nilainya dikatakan melebihi dari emas yang sama berat dengannya. Pada zaman Rom Kuno, myrrh dinilai lima kali ganda berbanding frankincense, walaupun frankincence lebih popular ketika itu. Myrrh dibakar pada pengkuburan Rom Kuno bagi menutup bau yang dihasilkan dari mayat hangus. Diceritakan bahawa Maharaja Nero, iaitu Maharaja Rom telah membakar setahun nilai myrrh pada pengkuburan isterinya yang bernama Poppaea.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Kajian Antarabangsa Terhadap Morhabshi

Oleh kerana bahan ini begitu unik dan menakjubkan, banyak penyelidikan telah dibuat ke atasnya. Antaranya, penyelidik telah memeriksa bahan individual bagi formula yang digunakan secara tradisional di Kuwait bagi mengurangkan glukos dalam darah bagi pesakit kencing manis. Hasilnya mendapati myrrh & susu getah aloe berkesan meningkatkan ketahanan glukos dalam tikus normal & tikus kencing manis.
Tindakan mencampur getah myrrh bersama cuka pula mampu meningkatkan keupayaannya menyingkirkan sekatan darah beku dan menghilangkan rasa sakit.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.
Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya. Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).
Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.
Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.
Di situlah bermulanya rahsia Minyak Morhabshi.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Rujukan

Al-Awadi FM, Gumaa KA. Studies on the activity of individual plants of an antidiabetic plant mixture. Acta Diabetol Lat. 1987 Jan-Mar;24(1):37-41.
Yeung, HC, Handbook of Chinese Herbs and Formulas, vol. 1, Institute of Chinese Medicine, Los Angeles, 1983.
http://oneearthherbs.squarespace.com/important-herbs/myrrh-gum-commiphora-myrrha.html Alan Tillotson "Myrrh"
Layari juga: www.morhabbshi.com , http://morhabshi.blogspot.com http://en.wikipedia.org (BI) , http://ms.wikipedia.org (BM) , Kitab Attibbi Walhikmah tulisan Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas ramuan morhabshi

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Siapa Pengasas Minyak Herba Morhabshi?

Beliau adalah Ustaz Haji Abdul Hamid Haji Ahmad, pensyarah di Maahad Islamiyah Derang Kedah. Selain ulama dan pendakwah, beliau amat cenderung dalam praktik perubatan alternatif meliputi kaedah perubatan Islam (doa & ayat Al-Quran), perubatan Melayu tradisional, perubatan berasaskan herba, dan kaedah perubatan homeopathy. Malah salah satu tugas beliau di maahad tersebut ialah bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan di situ.
Almarhum telah menghasilkan dua buah kitab perubatan alternatif dan salah satu daripadanya ialah kitab "Al-Tabib Walhikmah". Sebuah lagi kitab (bertulisan Jawi) tidak ada dalam simpanan kami, justeru kami tidak akan mengulasnya.
Kitab "Al-Tabib Walhikmah" mengandungi petua-petua, ramuan-ramuan perubatan, doa-doa, serta ayat-ayat Al-Quran sebagai kaedah alternatif menyelesaikan masalah kehidupan. Kami tidak ada sebarang masalah untuk berkongsi kitab tersebut dengan anda.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Minyak Morhabshi (1957):

Pastikan Sentiasa Bersama Disaat Memerlukan

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Minyak Morhabshi memang istimewa dan memang patut disimpan di rumah, di tempat kerja, dan di dalam kereta kerana kita tidak tahu bilakah kita akan memerlukannya.

Pengenalan Produk


MINYAK MORHABSHI bukan-lah minyak angin dalam erti kata sebenar. Bukan juga ubat gatal atau ubat sakit perut semata-mata.

Yang nyata, Minyak Morhabshi BUKAN minyak panas.

Ramuannya terdiri daripada lebih 30 jenis akar kayu serta herba yang dikumpulkan dari dalam dan luar negara melangkaui wilayah nusantara (kepulauan Melayu). Manakan tidak; Morhabshi (Myhrr) sendiri hanya dapat ditemui di benua afrika, tanah arab, dan di luar alam Melayu.

Barangkali itulah sebabnya resin morhabshi agak janggal dalam budaya Melayu. Morhabshi atau nama saintifiknya Commiphora Myrrha asalnya adalah bahan eksklusif untuk keluarga diraja serta golongan bangsawan.

Dikatakan nilainya setanding dengan nilai emas yang sama beratnya (lihat wikipedia).

Manakala herba dan akar kayu seperti Raja Kayu, Bayam Batu, Keduduk Putih dan sebagainya memang sudah terkenal dan menjadi amalan tradisi masyarakat Melayu sejak dahulu kala meliputi semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, kepulauan sulu, Borneo sehingga menganjak ke Siam, Burma, dan Indocina.

Sebahagian daripada tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat itu memang sudah lazim hadir dalam bentuk minyak seperti minyak zaitun, minyak bijan, minyak jarak, serta minyak sawit.

Satu lagi bahan ekslusif yang turut menjadi keluarga Minyak Morhabshi ialah Safron atau Zaafaron yang harganya mencecah ribuan ringgit bagi setiap kilogram. Safron adalah satu lagi bahan yang tidak terdapat di kepulauan Melayu. Sayidina Ali mengatakan orang yang mengamalkan pengambilan Safron mempunyai daya ingatan yang amat kuat sehingga orang menyangka pengamal Safron itu memiliki sihir!

Di sinilah uniknya Minyak Morhabshi yang menemukan sumber-sumber daripada pelbagai tamadun hebat lalu dipersatu menjadi produk yang kini menjadi sebutan ramai.

Pengeluar awal Minyak Morhabshi iaitu Ustaz Haji Abdul Hamid adalah seorang mualim yang sehingga akhir hayatnya menyumbang bakti sebagai guru agama. Khidmat terakhir beliau ialah sebagai pensyarah dan tabib di Maahad Derang, Kedah.

Dalam pada itu sejak muda lagi beliau amat cenderung terhadap dunia perubatan alternatif. Sebagai guru agama, beliau melakukan rawatan menggunakan ayat-ayat Al-Quran yang dipelajarinya secara berguru mahupun melalui kajian kitab-kitab dalam pelbagai bahasa. Beliau fasih berbahasa Arab dan boleh berbahasa Siam selain memahami bahasa Inggeris dengan baik.

Penglibatan beliau secara aktif dalam rawatan Islam dan Melayu diperlengkap pula dengan perubatan homeopathy. Beliau adalah pengamal perubatan homeopathy dan mempunyai kelayakan yang diiktiraf. Beliau pernah mengendalikan pusat rawatan homeopathy bersama tokoh terkenal homeopathy, Dr Azizan (Pengasas Era Edar) di Jitra Kedah.

Gabungan ilmu, pengalaman, pembacaan, kajian, serta penglibatan aktif beliau dalam perubatan alternatif akhirnya membawa pada pengeluaran Minyak Morhabshi.

Ramai yang bertanya, apakah penyakit yang boleh dirawat menggunakan Minyak Morhabshi?

Apabila saya katakan Minyak Morhabshi adalah minyak serbaguna kepada beberapa orang pengusaha yang berminat untuk memborong dan mengedarkan Minyak Morhabshi, majoriti mereka tidak bersetuju. Hal ini kerana mereka mahukan suatu fokus yang mudah disebarkan kepada bakal pembeli. Menurut mereka, minyak serbaguna tiada pengkhususan!

Namun apabila saya menerima respon daripada para penguna dan pelanggan lama, saya dapati sememangnya Minyak Morhabshi mampu merawat pelbagai jenis penyakit

Ketika saya mengemukakan produk Minyak Morhabshi untuk diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka memaklumkan bahawa perubatan tradisional tidak boleh membuat dakwaan boleh menyembuhkan beberapa jenis penyakit kronik seperti kencing manis dan kanser.

Malah penyakit seperti sawan, histeria, dan gangguan syaitan tidak boleh sama sekali dimasukkan dalam senarai rawatan.

Mengambil kira semua pandangan, serta rekod khasiat Minyak Morhabshi yang kami kumpulkan lebih dua puluh tahun samada melalui penggunaan sendiri mahupun maklum balas para penguna, kami dapati Minyak Morhabshi amat penting disimpan di tempat yang mudah untuk kita gunakan jika berlaku sesuatu kejadian yang tak diingini, antaranya:

1) bayi menangis di tengah malam tanpa diketahui puncanya. Ia mungkin kembung atau tidak selesa. Kata orang tua-tua, 'bayi diganggu' dan biasanya dikaitkan dengan makhluk halus. Apapun tanggapan anda, berdasarkan pengalaman, Minyak Morhabshi dapat meredakan keadaan dan membolehkan anda suami isteri menyambung tidur.

2) Bukan sahaja bayi, kadang-kadang kita dapati remaja juga boleh menjerit di tengah malam, terutama di asrama atau di kem latihan seperti PLKN. Ada yang menyebutnya sebagai histeria dan ramai yang mengaitkan dengan makhluk halus. Dalam perubatan moden ia dikatakan akibat tekanan. Terpulanglah pada anda samada mempercayai yang mana satu. Namun berdasarkan pengalaman pengguna, Minyak Morhabshi sering dapat menyelamatkan keadaan. Barangkali ada sesuatu pada Minyak Morhabshi yang tiada dalam pengetahuan kita.

3) Sakit gigi bukanlah penyakit merbahaya namun bagaimana jika ia berlaku di tengah malam? Malah bagi sesetengah orang lebih baik bertemu hantu daripada menemui doktor gigi. Pengalaman kami menunjukkan Minyak Morhabshi bukan sahaja menghilangkan kesakitan malah ada beberapa pengguna Minyak Morhabshi yang membatalkan terus temu janji dengan doktor gigi mereka sambil menyelamatkan kos perubatan yang tidak diperlukan lagi. Saya sendiri pernah dua kali mengalaminya.

4) Menariknya, Minyak Morhabshi boleh diharap untuk menjadi 'ubat penahan sakit' termasuk untuk sakit gigi atau akibat luka kemalangan. Sapukan sahaja walaupun luka di dalam mulut kerana ia menggunakan bahan-bahan yang boleh dimakan. Saya pernah mengabaikan ubat penahan sakit yang dibeli daripada doktor setelah menggunakan Minyak Morhabshi.

5) Bagaimana dengan penyakit kulit? Jika anda pernah melihat label botol Minyak Morhabshi sebelum ini di situ tertera beberapa penyakit kulit seperti kudis, kayap, kurap, gatal-gatal dan sebagainya. Kami dan ramai pelanggan kami menggunanya sejak sekian lama.

6) Apabila saya menyebut tentang kemalangan janganlah anda membayangkan kemalangan ngeri di jalan raya sahaja. Kemalangan kecil di rumah seperti terkena pisau, melecet akibat tejatuh, tersimbah air panas, melecur kerana api, dan sebagainya memang kerap berlaku. Sapukan sahaja Minyak Morhabshi sebelum mendapat rawatan selanjutnya di klinik atau hospital. Itupun jika anda masih mahu ke klinik. Selalunya tidak perlu lagi.

7) Satu lagi penyakit yang sering menyerang tanpa amaran ialah sakit perut. Bayangkan jika anda di dalam bas ekspres ketika itu. Bagaimana jika di dalam kapal terbang? Memang tandas disediakan tetapi adalah lebih elok jika kita tidak menggunakannya. Kalaupun memandu kereta sendiri, memang melecehkan jika terpaksa mencari tandas awam.

8) Walaupun pihak kementerian kesihatan melarang pengamal perubatan alternatif membuat dakwaan mampu merawat penyakit kronik namun saya fikir semua orang berhak mendapat maklumat dan membuat pilihan.

Saya banyak mendapat respon pelanggan yang berhadapan dengan penyakit seperti strok, kencing manis, asma, batuk kronik, sesak nafas, sakit dada, dan sebagainya.

Saya akui tidak semuanya sembuh namun ramai yang memaklumkan kami Minyak Morhabshi memberi kesan positif.

Sebenarnya banyak lagi pengalaman yang boleh dicatat dalam senarai di atas. Namun saya tidak mahu 'terlebih dakwa'.

Kami tidak menjanjikan Minyak Morhabshi sebagai penyelesai semua masalah. Kami juga tidak menggalakkan anda bergantung seratus peratus dengan produk ini. Kami beriman dengan Allah SWT dan percaya semuanya ditentukan Allah SWT. Kita hanya berusaha kerana usaha itu juga sebahagian daripada tuntutan Islam.

Kami mencadangkan Minyak Morhabshi dimasukkan dalam 'kit kecemasan' untuk digunakan di waktu yang tidak kita jangkakan. Simpan lah di rumah, di dalam kereta, dan di tempat kerja.

Setidak-tidaknya ia boleh digunakan sementara anda mendapatkan rawatan lanjut daripada pakar berkaitan.
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook